Love it!

BABAK II

Adegan IIIHang Jebat sampai ke istana Puteri Hang Li Po. Mereka bernyanyi lagu duet, lagu “Menuju Harapan” ciptaan lagu dan liriknya oleh A.R. Ismail.

Hang Jebat: Dayang yang manis penyeri istana

Bolehkah hamba hendak bertanya

Sudahkah ada pujaan di hati … sayang

Supaya hamba tak ternanti-nanti.

Dang Wangi: Wah Abang Jebat kiranya

Wahai pahlawan yang gagah menawan

Terasa malu hendak dijelaskan

Mungkin pahlawan sekadar menduga … sayang

Rindu di hati tidak terkira.

Hang Jebat: Jikalah benar apa yang dikata

Sudikah wangi menerima hamba.

Dang Wangi: Hamba menanti wahai pahlawanku

Akan berbakti sepanjang hayatku.

Hang Jebat: Terima kasih si manis rupawan

Kita bersama menuju harapan.

Hang Jebat/Dang Wangi: Marilah kita sama mendoakan … sayang agar harapan kita dikabulkan.

*        *        *

BABAK III

Adegan IIIKembali di taman larangan Puteri Hang Li Po. Kelihatan Puteri Hang Li Po di situ. Ia sedang gelisah menunggu. Sekejap menunggu masuk Dang Wangi dan Hang Jebat. Puteri Hang Li Po membiarkan Dang Wangi pergi. Ia kemudian memandang Hang Jebat dan menyambutnya dengan senyum.

Puteri Hang Li Po: Pandai Orang Kaya mengolah bicara hingga tujuan asal beta untuk melamar cinta telah tuan hamba ubah pula menjadi seolah-olah beta menguji Orang Kaya.

Hang Jebat: Semenangnya pada hemat patik, Tuanku Puteri hanya menguji patik. Adalah wajar perbuatan Tuanku Puteri itu tadi untuk mengukur kesetiaan hamba sahaya. Atas anggapan itu akan patik tanam lagi dengan sekukuh-kukuhnya akan kesetiaan hamba sahaya seperti patik ini untuk panduan Tuanku Puteri. Percayalah Tuanku Puteri bahawa atas nama hulubalang Melayu tidak terlintas di hati lelaki yang perwira dan taat pada rajanya untuk menderhaka sedemikian rupa. Mereka akan lebih rela mati daripada menjejas kedaulatan raja. Apatah lagi Sultan Melaka sungguh adil dan saksama serta bijaksana pula. Jika ada sesuatu kedurjanaan akan segera dikesan oleh baginda.

2 Comments (+add yours?)

  1. koocheekoo
    Jun 18, 2007 @ 14:22:53

    haha!! sweet memories.. =P

  2. thui
    Jun 22, 2007 @ 06:03:15

    ooh. why? you said that to someone before? haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: